Khamis, 27 Januari 2011

Insaflah Wahai Pemimpin

Tidak kira samaada anda adalah pemimpin kepada keluarga anda ,pekerja anda atau anda adalah pemimpin kepada rakyat , berlaku adillah kepada orang pimpinan anda dan janganlah menzalimi mereka .
Jadikanlah peristiwa yang berlaku ke atas presiden Tunisia satu pengajaran buat kita semua .Allah s.w.t murka ke atas orang yang menzalimi rakyatnya dan menghalang orang-orang beriman dari beribadah kepadaNya .
Ingatlah bila Allah ingin menimpakan bala ke atas kita Allah tidak kira samada orang itu berkuasa ,mempunyai harta yang banyak atau senjata yang canggih ,Allah tetap memusnahkan orang itu.
Tahniah kepada penduduk-penduduk Tunisia yang bangkit menentang penindasan presiden yang zalim semoga mereka berjaya mewujudkan pemerintahan khilafah di negara mereka .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan