Khamis, 9 Disember 2010

PETUA ORANG-ORANG TUA

KHASIAT DAUN & KULIT MANGGIS
Ramai yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut.
Seperti yang diketahui ramai, manggis apabila dimakan memberi impak‘penyejukan’ (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan ‘raja buah’ iaitu durian.
Di sini saya senaraikan beberapa contoh pelbagai kegunaan manggis untuk tujuan pengubatan secara tradisional :
1. Berak berdarah
Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat air tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
2. Ulser mulut dan bengkak usus
Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
3. Luka dan gigitan serangga
Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap pada luka atau bengkak gigitan serangga.
4. Buasir
Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
5. Memutihkan Gigi
Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
6. Cirit-birit
Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
7. Lancar Haid
Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
8. Sembelit
Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!
9. GOUT ?
Kulit manggis amat berkhasiat untuk membuang asid urik di dalam badan. Pengidap gout boleh mengamalkan kulit manggis ni. Caranya
•Ambil buah manggis
•Kupas
•Isi dia enak di makan
•Kalau sebelum ni kulit kita buang je tapi la ni jangan, ambil kulit dia, hiris macam asam keping dan jemur sampai kering
•Bila nak guna, ambil air panas, 2 3 hirisan kulit manggis direndam. Sedia di minum apabila menjadi suam.
•Warna air akan bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak.
•Selamat Mencuba. Insyaallah!…
10. Penyakit kencing manis :
Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis..Petua.. yang baik…
•Ambil 2 atau 3 helai daun manggis
•Basuh bersih2 daun manggis
•Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh)
•Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.
•Pergi jumpa doktor periksa darah anda pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.
Diatas merupakan serba sedikit kegunaan manggis samaada buah, daun dan kulit ;bahkan akarnya dalam perubatan tradisional. Perlu dinyatakan bahawa perubatan tradisional ini bukan sahaja mengcakupi alam perubatan nusantara Melayu sahaja, bahkan di negara Gajah Putih, Kepulauan Mindanao sehingga di sekitar negara tropika.
Adalah juga dipercaya 150 tahun dahulu ianya telah dieksport ke kepulauan Carribean, Amerika Selatan, Australia dan Afika untuk tujuan yang sama, iaitu digunakan untuk kajian dan pengamal perubatan.
Kesimpulannya, nilai perubatannya yang telah diketahui ‘menakjubkan’ serta tidak sangsi lagi bahawa buah kurniaan Tuhan ini sangat memberi manafaat untuk kesejahteraan dan kesihatan kepada manusia

       UNTUK LEBIH MUDAH , AMBILLAH JUS VEMMA .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan