Khamis, 10 Mac 2011

Yang Benar Tetap Benar

Semasa di bangku sekolah dulu , saya berpendapat siapa saja yang mengajar hal yang berkaitan dengan agama adalah orang yang benar-benar mengajarkan atau menyampaikan ajaran yang sama seperti yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w .Dengan perkembangan teknologi , saya boleh layari internet dan saya dapati apa yang saya perolehi dibangku sekolah tidak sama dengan apa yang saya ketahui dari internet.Kadang-kadang saya terfikir kenapakah orang-orang seperti ini tidak mengkajinya terlebih dahulu sebelum menyampaikannya .Contohnya sifat 20 ,jika kita berpandukan Al-Quran dan hadis tidak ada satu pun yang menyebutkan sifat 20 ,yang ada dan banyak disebut dalam Al-Quran ialah asma al husna iaitu 99 nama-nama Allah dan kita dianjurkan berdoa dengan nama-nama Allah , bagi saya apa-apa yang sempurna adalah sifat Allah .
Kesimpulan yang boleh saya buat untuk diri saya ialah jangan terima terus sesuatu ilmu itu tanpa menilainya berpandukan Al-Quran dan hadis ,walaupun orang yang menyampaikannya seorang bergelar ustaz ataupun berkelulusan dari negara arab.Saya selalu berpegang kepada hadis nabi : " Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara iaituAl-Quran dan sunnahku , jika kamu berpegang teguh kepada keduanya kamu tidak akan sesat ".Wallahualam .

Khamis, 27 Januari 2011

Insaflah Wahai Pemimpin

Tidak kira samaada anda adalah pemimpin kepada keluarga anda ,pekerja anda atau anda adalah pemimpin kepada rakyat , berlaku adillah kepada orang pimpinan anda dan janganlah menzalimi mereka .
Jadikanlah peristiwa yang berlaku ke atas presiden Tunisia satu pengajaran buat kita semua .Allah s.w.t murka ke atas orang yang menzalimi rakyatnya dan menghalang orang-orang beriman dari beribadah kepadaNya .
Ingatlah bila Allah ingin menimpakan bala ke atas kita Allah tidak kira samada orang itu berkuasa ,mempunyai harta yang banyak atau senjata yang canggih ,Allah tetap memusnahkan orang itu.
Tahniah kepada penduduk-penduduk Tunisia yang bangkit menentang penindasan presiden yang zalim semoga mereka berjaya mewujudkan pemerintahan khilafah di negara mereka .

Rabu, 19 Januari 2011

Cinta Akhirat ( Hubbul Akhirat )

Sabda Rasuullah s.a.w. yang  bermaksud:

" Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya,Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam  hatinya serta mempersatukannya , dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri .Tetapi siapa yang dunia menjadi harapannya,Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali sekadar apa telah ditetapkan baginya ." ( Riwayat al- Tirmizi )

Firman Allah yang bermaksud :

" Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya.Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat " ( Surah al-Syura 42:20 )

Untung Cinta Akhirat

1. Siapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunianya .

2. Siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah,Allah akan memperbaiki hubungan dirinya
    dengan manusia yang lain .

3. Siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya .

4. Siapa yang menjadikan aktivitinya untuk akhirat,maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia
    akan kembali .


Orang Yang Ingat Akhirat

* Tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat .

* Tidak berkumpul dengan keluarganya kecuali membayangkan akan berkumpul bersama penduduk syurga .

* Tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga .

* Tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akn titian sirat di atas neraka .

* Tidak mendengar suara yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala .

* Tidak pernah berbicara tentang suatu perkara,melainkan ada kaitannya dengan akhirat.



Sumber : Majalah Solusi .

Selasa, 11 Januari 2011

MENGINGATI MATI

Setiap yang bernyawa pasti menemui kematian . Renungkan kalam Allah yang maha suci dan hadis Rasullah yang kita cintai di bawah ini .
Firman Allah S.W.T yang bermaksud  :
1 . Surah Al-Mulk : 2
     Maksudnya : Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Allah Maha Berkuasa ( membalas amal kamu ) lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat ) .

2 . Surah Ar-Rahman : 26 - 27
     Maksudnya : Semua yang ada di bumi akan binasa . Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan .


Sabda Rasulullah s.a.w. :
1 . Maksudnya :  Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persediaan untuk mengadap Allah selepas mati. Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah - Riwayat Tirmizi .

2 . Maksudnya : Perbanyakkanlah mengingati mati yang akan menghapuskan kelazatan . Jika ia diingati dan direnung pada waktu susah , nescaya perasaan akan menjadi lapang dan tenang dan jika ia diingati pada waktu senang , nescaya hati dan perasaan akan sedar dan menginsafi diri - Riwayat Al-Bazaar dan Al- Baihaqi .

Rabu, 5 Januari 2011

Perkara-Perkara Yang Merosakkan Hati

* Pergaulan yang tidak berfaedah
* Sentiasa berangan-angan
* Tidak berharap kepada Allah
* Terlalu banyak makan hingga kenyang
* Terlalu banyak tidur
* Memandang secara berlebihan
* Kata-kata yang keterlaluan

Khamis, 30 Disember 2010

TAZKIRAH

4 IBU UTAMA

1 . Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .

2 . Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP .

3 . Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA .

4 . Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR .

Isnin, 13 Disember 2010

Rahmat Sebalik Ujian

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.
Teruskan membaca .http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2883